Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Pengganas Wahabi di Idlib, Syria bertindak mengoyak poster Sayid Hasan Nasrullah dan memijaknya sambil menuduh pejuang Hizbullah dan tentera Pasdaran Iran turut bergabung dengan askar Syria dalam pembunuhan orang awam.Berasaskan laporan berita ini kumpulan tersebut turut menghina penganut berbagai agama dan mazhab. Dalam satu video yang tersebar menunjukkan kumpulan pengganas ini bertindak menghina turbah (tanah) Karbala. Selain itu mereka turut membunuh seorang mangsa kerana mengikuti mazhab Syiah di Idlib.Perkara ini terjadi meskipun pengikut mazhab Sunni yang tinggal di kawasan majoriti Syiah seperti di Zainabiyya tidak pernah menghadapi sebarang masalah perbezaan fahaman.Sejak penganut ajaran Wahabi melancarkan kempen menggulingkan Bashar Assad, kumpulan pengganas ini bertindak membunuh ramai penentang mereka, pengikut mazhab Syiah dan golongan Alawi di Syria dengan bekalan senjata dari negara-negara Arab dan Israel.
6 Oktober 2012 - 20:30
News ID: 354459
Kumpulan pengganas bertindak menghina poster Sayid Hasan Nasrullah dan turbah Karbala